Monday 27 June 2011

PERMOHONAN KE PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SESI 2012/2013

Pelajar - pelajar calon SPM 2011 dan berstatus warganegara Malaysia yang mendaftar dalam mana - mana kumpulan matapelajarn berikut sahaja layak memohon:-

a) Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik /Biologi (bagi jurusan Sains - M001)

b) Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris , Matematik dan Matematik Tambahan . Pelajar juga perlu mengambil mana-mana dua (2) matapelajaran berikut: Prinsip Perakauanan /Ekonomi Asas/Perdagangan/Pengajian Keusahawanan/Sains/Sains Tambahan/Fizik/Kimia/Biologi/ Matapelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam/Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/Teknologi Kejuruteraan/Lukisan Kejuruteraan-Satu sahaja) (Bagi jurusan perakaunan-M003)

c) Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris,Matematik,Matematik Tambahan,Kimia,Fizik dan satu (1) daripada matapelajaran berikut : Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Teknologi Kejuruteraan (Bagi Jurusan Teknikal -M007)

Sehubungan itu, setiap pelajar SMKDJ yang layak dan berminat untuk memohon ke Matrikulasi tahun 2012/2013 bolehlah membuat bayaran sebanyak RM6 untuk pembelian no pin 5 digit dan membawa salinan nombor kad pengenalan kepada  Pn Hafidzah Binti Rosdi di bilik Kaunseling. Para pelajar bolehlah melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) iaitu http://www.moe.gov.my/ mulai 1 Julai - 10 Oktober 2011.

Sekian, Harap maklum

Wednesday 22 June 2011

Hari Terbuka SMK Dato' Jaafar 2011

Hari Terbuka SMK Dato' Jaafar tahun 2011 akan diadakan pada ketetapan berikut:-

                     Hari           : Jumaat
                     Tarikh        : 1 Julai 2011
                     Masa         : 9.30 pagi - 12.00 tengahari

Semua ibu bapa/ Penjaga diminta untuk meletakkan kereta di tempat letak kereta MBJB untuk mengelakkan kesesakkan lalu lintas. Kerjasama dari semua amatlah dihargai.

Monday 9 May 2011

SELAMAT DATANG PELAJAR PRA-UNIVERSITI SESI 2011/2012

9 Mei 2011 bermulalah era baru bagi pelajar-pelajar pra-universiti di SMK Dato' Jaafar. Selamat Datang kami warga SDJ ucapkan. Bagi memeriahkan program ini, kami susuli dengan program Orientasi bermula 9 Mei sehingga 12 Mei 2011. Bak kata pepatah'Tak Kenal Maka Tak Cinta' ....untuk itu bersama-samalah kita menjayakan program ini. Kepada pelajar-pelajar MPPU, tahniah dan syabas cikgu ucapkan di atas sokongan yang diberikan, tak lupa juga kepada guru-guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

                                         Pelajar-pelajar mula mendaftar

                                         Guru menyemak dokumen pelajar yang mendaftar

                                         Ibu Bapa juga memberi sokongan terhadap pelajar pra-universiti 

                                           Kain Rentang 'Selamat Datang & Ucapan Tahniah'

                                         Minggu Orientasi pelajar Pra-Universiti bermula

                                         LDK 1: Ice Breaking oleh pelajar MPPU
   
                                          Semua pelajar mengambil bahagian

Gelagat pelajar Pra-Universiti

                                         Penyemakkan ke Tingkatan 6 Rendah sesi 2011 sedang dibuat

Thursday 5 May 2011

PENDAFTARAN TINGKATAN 6 RENDAH TAHUN 2011

SMK Dato' Jaafar Johor Bahru akan mengadakan pendaftaran tingkatan 6 Rendah tahun 2011 pada tarikh berikut:

           Tarikh: 09 Mei 2011
           Masa : 08.30 Pagi
           Hari   : Isnin
           Pakaian : Memakai uniform sekolah

Minggu Orientasi Tingkatan 6 Rendah akan dijalankan bermula 10 Mei - 12 Mei 2011.

KEPUTUSAN PERTANDINGAN MELUKIS POSTER ANTI DADAH

Tahniah kepada pelajar-pelajar yang menyertai pertandingan melukis poster sempena Program Minggu Anti Dadah 2011. Dengan ini, di umumkan pemenang pertandingan tersebut:

Kategori Pra U

Pertama : Ng Hui Hui  - Ting.6AF1
Kedua   : Wung Pey Wen - Ting.6AA1

Kategori Menengah Atas

Pertama : Mohd Syahir Bin Mohd Riza - Ting.5SNB

Kategori Menengah Rendah

Pertama : Muhammad Khairul Adha Bin Mohd Zali - Ting. 1P4
Kedua   : Kho Jia Yuan - Ting.2P1
Ketiga   : Leng Ming Yong - Ting.3P1

Saguhati :

1. Jason Chuah Teong Eu - Ting.2P1
2. Yee Xun Wei - Ting.2P1
3. Luqman Bin Muhammad - Ting. 2P1
4. Azri Luqman Bin Yaakub Azhari - Ting. 2P1
5. Tong Ming Wei - Ting.2P1
6. A Vieshal Pillay - Ting. 2P1
7. Chong Kai Chuan - Ting. 2P1
8. Joshua Tiong Sieu - Ting.2P1

Kepada yang tidak berjaya, cuba lagi di tahun hadapan. 

TAHNIAH KEPADA PELAJAR YANG MENDAPAT TAWARAN KE KOLEJ MATRIKULASI

Unit Bimbingan & kaunseling mengucapkan tahniah kepada pelajar - pelajar berikut yang berjaya di tempatkan di Kolej Matrikulasi iaitu:-


1. Lim Harn Chienh                   - Kolej Matrikulasi Pulau Pinang


2. Muhammad Farhat Bin Azhar - Kolej Matrikulasi Melaka


3. Mohamad Haffiz Bin Noorlene - Kolej Matrikulasi Melaka


Kepada mereka yang tidak berjaya, jangan berputus asa ..layari laman web http://www.moe.gov.my/ untuk penyemakkan ke tingkatan 6 tahun 2011

Monday 18 April 2011

Minggu Anti Dadah 2011

18 April 2011 - 22 April 2011 adalah minggu anti-dadah peringkat SMKDJ. Pelancaran telah berjaya dilaksanakan oleh En Goh Chee Kiat, Pengetua SMKDJ pada 18 April 2011. Pelbagai aktiviti menarik dijalankan sepanjang minggu antaranya seperti :-
-Pameran Anti-Dadah oleh AADK Negeri Johor pada 18 April 2011
-Ceramah Anti-Dadah oleh AADK pada 19 April 2011
-Semua warga SDJ dijemput menandatangani banner 'SDJ Benci Dadah' di hadapan koperasi bagi menyatakan sokongan
-Pertandingan melukis poster dengan tema'Anti-Dadah' bagi kategori menengah rendah, menengah atas dan  pra universiti
-Kuiz dan berbagai lagi aktiviti menarik akan dijalankan sepanjang minggu ini....
semua pelajar diharap dapat melibatkan diri