Monday 27 June 2011

PERMOHONAN KE PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SESI 2012/2013

Pelajar - pelajar calon SPM 2011 dan berstatus warganegara Malaysia yang mendaftar dalam mana - mana kumpulan matapelajarn berikut sahaja layak memohon:-

a) Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik /Biologi (bagi jurusan Sains - M001)

b) Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris , Matematik dan Matematik Tambahan . Pelajar juga perlu mengambil mana-mana dua (2) matapelajaran berikut: Prinsip Perakauanan /Ekonomi Asas/Perdagangan/Pengajian Keusahawanan/Sains/Sains Tambahan/Fizik/Kimia/Biologi/ Matapelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam/Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/Teknologi Kejuruteraan/Lukisan Kejuruteraan-Satu sahaja) (Bagi jurusan perakaunan-M003)

c) Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris,Matematik,Matematik Tambahan,Kimia,Fizik dan satu (1) daripada matapelajaran berikut : Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Teknologi Kejuruteraan (Bagi Jurusan Teknikal -M007)

Sehubungan itu, setiap pelajar SMKDJ yang layak dan berminat untuk memohon ke Matrikulasi tahun 2012/2013 bolehlah membuat bayaran sebanyak RM6 untuk pembelian no pin 5 digit dan membawa salinan nombor kad pengenalan kepada  Pn Hafidzah Binti Rosdi di bilik Kaunseling. Para pelajar bolehlah melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) iaitu http://www.moe.gov.my/ mulai 1 Julai - 10 Oktober 2011.

Sekian, Harap maklum

No comments:

Post a Comment